Thursday 27 February 2014

Duhai hati , bersabarlah :'(




Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabaraktuh .



Allahu , kenapa hati aku sedih ni ? Aku kena kuat . Kena kuat ! Sungguh , aku tak mampu terima kenyataan ni . Dia tanak kawan aku dah ke ? Aku ni menyusahkan hidup dia ke ? Duhai hati , bersabarlah . Allah tengah mengujimu . Ya Allah , aku mohon persahabatan di antara kami kekal hingga ke akhir hayat jikalau Engkau tidak mecatat namanya utk menjadi pasangan hidupku . :'( Sungguh , hanya hati yang tahu macam mana sakitnya utk menerima kenyataan yang dia buat . 



Hanya Allah yang tahu apa yang terbuku dalam hatiku . Jagakan dia Ya Allah , peliharalah dia . Jadikan dia manusia yang berguna , yang soleh serta boleh membimbing isteri & anak-anak yang bakal dia lalui . Andaikata aku pergi terlebih dahulu ya Allah , aku mohon sampaikan niat aku untuk dia . Sungguh ya Allah , hati ini tak boleh berbohong . Hanya Engkau yang mengetahui segalanya . :(



Ya Allah , adakah dia jodoh ku ? Adakah apa yang aku rasa ni hanya usikan syaitan ? Aku tak nak terpengaruh dengan hasutan syaitan . Lindungi aku dari dinodai oleh hasutan saitan . Ya Rabb , aku mohon peliharalah diriku hanya untuk sah bagiku . Aku mohon jika benar memamg dia akan jadi suamiku yang sah suatu hari nanti , permudahkanlah urusan kami ya Allah . Berikan kepada kami , sebuah keluarga yang bahagia dunia & akhirat serta mendapat zuriat yang soleh & solehah . Amin yarabbal alamin . 



Awak , andailah awak boleh baca hati saya , jujur saya katakan saya nak awak jadi suami yang baik serta ayah yang bertanggungjawab . Jujur awak , hati ini tak boleh berbohong . Hati ini Allah yang hadirkan perasaan sayang , cinta , rindu , benci . Tapi saya tahu , saya perlu kawal perasaan tu selagi mana awak & saya belum ada ikatan yang sah . Semoga cinta kita terpelihara & direstui oleh Allah SWT serta ibu dan ayah tersayang . InshaAllah amin .



Awak , jika ditakdirkan Allah lebih sayangkan saya , jika ditakdirkan saya pergi dulu , saya mohon carilah pasangan yang baik . Saya nak impian saya tercapai tapi saya tahu perancangan Allah itu jauh lebih dari hebat dari perancangan kita . :) ALLAHU .



#Keep Calm and Smile , It's Sunnah :)



Friday 21 February 2014

Manja tapi garang ? o.O




Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh :)


Fuhh fuhh , berhabuk dah blog aku ni . Hee . Maklumlah dah lama tak update blog :P . I'm so busy sejak dua menjak ni . So , takda masa nak bertaip-taip bagai ni . Tapi hari ni ada tittle untuk aku kemukakan .


Eh , pelik tau ada orang cakap aku ni garang ? o.O , aku garang ? Ya Allah , tanpa disedari orang kata aku garang . Tapi secara faktanya , aku memang AGAK garang . Hehe . Entahlah , kenapa aku boleh jadi garang . Tapi kebanyakkan memang perempuan ni dia seorang yang garang . TAPI kan , diorang cakap juga aku ni seorang yang manja . Oh , manja ? Opss , manja tu bukan semua orang boleh perasan okay . Sebab garang aku , manja aku , hanya orang-orang tertentu je boleh rasa . ;)


Aku ni memang manja , sensitif orangnya . Orang cakap lebih kurang sikit , aku cepat merajuk . Tapi pelik , aku ni orang buat pi lah bagi terasa macam mana sekalipun especially perempuan , aku mudah mengalah . Tak rasa sikit pun nak balas balik perbuatan diorang . Mulut aku umpama terkunci . Tak mampu nak balas . Itulah aku . Hmm :)


That's all for today , assalamualaikum . 
-takda idea nak taip laa- 





Saturday 1 February 2014

SETIAP YANG TERJADI PASTI ADA "HIKMAHNYA" . KEEP CALM & SMILE PUTERI :)




Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh :)


"SABAR PUTERI ! SETIAP YANG TERJADI PASTI ADA HIKMAHNYA" , tu lah kata-kata dia dekat aku . Sahabat , andai kau tahu , kau lah yang paling memahami aku . Yea , kau ! Terima kasih hadir dalam hidup aku . Aku bersyukur dapat kenal kau . Aku bersyukur kerana ALLAH izinkan aku berkawan dengan kau . Aku bersyukur sangat ! :) Alhamdulillah , terima kasih YA ALLAH . Dan terima kasih juga sebab kau selalu ada bila aku perlukan kau .


Walaupun kadang-kadang kita bergaduh
Kadang-kadang kita tak contact (sampai seminggu pun ada) .
 kadang-kadang aku merajuk .
tapi mesti kau kata "tak payah merajuk sangat laa" .
Kau selalu tolong aku setakat kau mampu .
Kau selalu dengar rintihan aku .
Kau selalu bagi semangat dekat aku .
Kau tak pernah merungut .
Aku bahagia kawan dengan kau . 


Aku tak tahu dekat siapa aku boleh luah perasaan bila aku pindah nnti (takut-II kau lupa aku)
Sebab aku tahu , aku lemah , (selalu menangis) .
Kau yang paling memahami aku kawan .
Ya , kau !

Erti persahabatan tu jauh lebih bermakna .
Aku akui tentang itu .
TERIMA KASIH SAHABAT . :)


Kawan , aku tak tahu nak luah macam mana dekat kau . Yang pastinya , aku tengah sedih . Aku tak mampu untuk luahkan dekat orang lain melainkan kau . Aku harap persahabatan kita akan berkekalan walaupun kita harus berpisah . Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kau . Walaupun kau ni agak kasar (Jgn marah) :P tapi aku tetap suka berkawan dengan kau . PELIK kan ? Tapi yg pelik tulahh yang aku suka . Haishh ;)



Alahai , see bekas parut akibat accident dia dulu , terang lagi bersuluh boleh nampak right ? :)
Budak yang dia dukung tu , comel sangatt :* , mata bulat macam aku . Haha (perasan) . Nanti besar , budak tu mesti comel mcm dia :v .
*Love this picture ;) Pic ni nampak "caring" dia dekat budak-II . Ngeee .






*TRULY 'GREAT FRIEND' ARE HARD TO FIND , DIFFICULT TO LEAVE & IMPOSSIBLE TO FORGET </3



Thursday 30 January 2014

OH MY TUPPERWARE ! :-(




ASSALAMU'ALAIKUM WAALAIKUMUSALAM WABARAKATUH :)



Tupperware aku ? Hmm . :'( Sedihnyaa , tupperware aku dah pecah . TUPPERWARE KESAYANGAN AKU TU . BRAND TUPPERWARE KUD . Padahal jatuh sikit je pun , bukannya teruk mana pun . Dah pecah :'( . Tupperware lain , aku tak berapa suka sangat , hoho . (padahal sama je pun jenama) .


Tengok ni kesan pecah dia . Rasa macam tak percaya tau . Hmm :-(




Tengok kesan pecah tu . :'(


Bila isi air , bocor lah . Emm .



*Dear my ex tupperware , I will miss you </3 Huhu .



Sunday 19 January 2014

Yang bergelar "LELAKI" . :')



Assalamua'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh :)



LELAKI ? Ya , insan yang bergelar lelaki . Dalam erti kata lain "kaum Adam" . Allah , adil kan dia ? DIA Ciptakan manusia berjantina lelaki & perempuan . Tanpa perempuan , lelaki akan kesunyiaan . Tidak lengkap Adam tanpa pedamping bergelar "Hawa" :)


Sebenarnya , tu bukanlah topik utama yang aku nak cerita . Hikhik :D .


Actually , lelaki ni tanggungjawab diorang besar kan ? Sebelum kahwin , ada tanggungjawab . Selepas kahwin pun masih ada tanggungjawab :) . Bagi lelaki yang belum berumah tangga (single) , dia punya tanggungjawab pun besar . Kalau ada ibu , kakak , adik perempuan yang tak menutup aurat , TANGGUNGJAWAB korang untuk menegur . Tegur secara lembut sebab takut diorang terasa bukan ? Bagi yang dah kahwin , WAJIB tegur isteri ataupun anak perempuan yang tak tutup aurat . Berdosa kalau korang ambil perkara ni secara remeh temeh . Ambil tak serius . Di AKHIRAT kelak , Allah akan soal semua tu . Korang cuba bayangkan , dosa diorang , korang kena tanggung . Tu TAK TERMASUK lagi dosa korang sendiri . Nauzubillah'min zalik .


Bagi ibu / kakak / adik perempuan / isteri mahupun anak perempuan yang tak pakai tudung , tolonglah tegur diorang . Tegur menggunakan bahasa yang lembut supaya tak tersinggung perasaan diorang . Perempuan ni kadang-kadang malas nak pakai tudung kalau pergi dekat-dekat , contohnya kedai , time sidai baju , apa-apa jelah yang berkaitan dekat luar yang boleh dilihat oleh lelaki ajnabi . TUDUNG TAK WAJIB PAKAI . Yang wajibnya tutup aurat . Pakai tudung saji pun dah dikira tutup aurat cuma tak sempurna lah cara penutupannya . Kadang-kadang , orang ambil tak kisah tentang ni . BERDOSA ea kalau korang anggap mcm tu !


So , lelaki diluar sana yang ada kakak/adik/anak/isteri , tegurlah diorang . Bimbing diorang ke jalan yang benar . Dosa tu korang jugak yang kena tanggung . INGAT ! ADAM itu pemimpin HAWA . Inni Akhafullah ! Assalamualaikum . :)


Kalau korang nak maklumat yang lebih mendalam , lawatlah link blog ni . InshaAllah , bermanfaat . :)


http://ammy11.blogspot.com/2012/07/dosa-yang-di-tanggung-oleh-kaum-lelaki.html 



Baca ni , bukan setakat ayah & suami je , tapi abang/adik lelaki pun kena tanggung  .


ADAM ! Malulah korang dekat perempuan kalau aurat korang pun tak mampu terjaga . Allah !



*maaf jika terasa dengan post kali ni .



Saturday 18 January 2014

PEROKOK , tolonglah sedar ROKOK itu HARAM ! Nauzubillah'min zalik .



Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh . :)



Bismillahirrahmanirrahim . Alhamdulillah , bertemu kembali kita di blog kesayangan aku ni . Cewaah , kesayangan tu . Yea , disinilah tempat aku luah perasaan selain luah kepada Illahi . :)


Sebenarnya , ada benda yang aku nak share dekat korang . See tittle dekat atas tu ? Dah tengok ? Agak-agak , aku nak bidas apa ea dekat ORANG YANG MEROKOK NI ? Ehh , harap maklum . Aku bukan nak bidas , sekadar nak kongsi pengetahuan . :)


Rasa-rasa , pasal rokok ni ramai kan yang dah dimaklumkan yang ROKOK ni memang disahkan HARAM . Nauzubillah'min zalik . Tapi cuba korang perhatikan kawasan sekeliling , ramai kan yang menghisap rokok ? Yea , tak dapat dinafikan ramai yang merokok termasuk sauadara-mara aku *lelaki lah selalunya* .


Alhamdulillah , keluarga aku setakat ni takda yang merokok . Aku bersyukur sangat sebab dianugerahkan keluarga yang bebas rokok . Praise to Allah . Tapi belum tentu suami aku nanti dia tak hisap rokok kan ? Sebab aku sendiri tak tahu ketentuan Allah . Tapi mudah-mudahan , dengan izin Allah , aku berharap supaya tak dapat suami yang merokok , InshaAllah amin . :)


Wahai perokok , diluar sana . Cuba korang fikir balik , fikir dalam-dalam . Tak ke korang rasa rugi , buang DUIT kerana benda yang dipanggil ROKOK ? tak rasa rugi ke ? Kalau lah duit yang korang beli rokok setiap hari tu , korang kumpul untuk masa depan kan lebih baik ? Kalau nak masuk U , kurang sikit bebanan parents korang . Kalau yang nak kahwin , rasanya boleh dah kud kumpul sampai beribu ringgit . yang dah kahwin , boleh belanjakan untuk keluarga korang , isteri & anak-anak . InshaAllah :)


Tapi sedih dengan sikap manusia sekarang ni . Hisap rokok tanpa ada perasaan bersalah . Rasa benda tu dah normal bukan ? Tapi dekat mata aku , benda tu luar biasa . Jujur , aku tak suka dengan rokok ni . Tak salah pun dekat rokok , yang salahnya pengguna rokok tu (perokok) . Kadang-kadang terfikir , diorang ni tak sayang ke nyawa . Tak bersyukur ke nikmat Allah ?  Rokok tu bahaya . Hati boleh rosak ! Astaghfirullah Al Azim .


Aku tanak saudara mara & kawan-kawan aku sakit/mati sebab benda yang dipanggil ROKOK . Mati punca ROKOK ? Hmm , sedihnya dengar  :'( . Rasa macam korang tak bersyukur dengan nikmat Allah . Cuba korang baca petikan dari para-para ustaz terkenal di bawah ni :-


MasyaAllah , korang cuba sedar apa yang ustaz ni kata ? Doa tak diterima ? Nauzubillah :'(

Dan akhir sekali , ini paling menyedihkan . Mudah-mudahan korang bergerak hati untuk berubah , InshaAllah amin .



Nauzubillah , fikir sejenak . Zuriat kita dari hasil yang haram ? Allahuakbar ! :(



Puteri doakan perokok diluar sana terutama sekali orang Islam , saudara-mara serta kawan-kawan diberi hidayah untuk BERHENTI MEROKOK ! .
Dengan izin Allah , Amin amin yarabbal amin .



* Sekian , Assalamualaikum .



Friday 17 January 2014

Alhamdulillah , aku dah mula faham dengan subjek SejaraH :D



Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh :)


Alhamdulillah , terima kasih Ya ALLAH kerana Engkau telah mendengar doaku selama ni . Aku dah mula faham sedikit demi sedikit tentang sejarah . Praise to ALLAH . :') Sebenarnya , nak kata Sejarah ni payah sangat pun tak lah juga cuma kena banyak membaca dan FAHAM ! Itu yang penting . InshaAllah bulan 3 ni exam UP1 , aku try buat yang terbaik . Aku akan usaha sebaik mungkin . InshaAllah amin :)